Soalan Lazim (FAQ)

A1: Sekiranya Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) telah mendaftar anda sebagai pengguna Sijil Digital, anda akan menerima e-mel bertajuk "Kod Verifikasi untuk Permohonan Sijil Digital Pengguna". Gunakan kod verifikasi yang diterima di dalam e-mel untuk membuat permohonan Sijil Digital Pengguna. 

Sila rujuk - Panduan Permohonan Sijil Digital Pengguna.

A2: Dokumen yang diperlukan adalah salinan digital MyKad pemohon. Salinan digital MyKad mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:


         2.1   Salinan digital MyKad yang dimuat naik mestilah bersaiz tidak lebih daripada 2MB.

         2.2   Salinan digital MyKad mestilah mengikut format yang dibenarkan iaitu .jpeg, .jpg dan .png sahaja.

         2.3   Salinan digital MyKad mestilah jelas dan terang bagi mengelakkan permohonan ditolak.

A3: Pengguna perlu merujuk atau berhubung dengan Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) anda untuk mendapatkan kepastian bagi perkara-perkara di bawah:

3.1           Sama ada pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) anda telah mendaftarkan anda sebagai pengguna Sijil Digital;

3.2           Anda perlu mengesahkan e-mel yang didaftarkan oleh Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) semasa pendaftaran adalah e-mel yang sebenar; dan

3.3           Sekiranya, masih tidak berjaya menerima kod verifikasi bagi permohonan sijil digital pengguna walaupun telah melaksanakan langkah 2, sila buat aduan melalui Sistem GPKI Desk dengan melayari alamat https://gpkidesk.mampu.gov.my/gpki_helpdesk_portal/home > klik pada tab menu “Aduan Pengguna”.

A4: Pengguna boleh membuat semakan status permohonan Sijil Digital di portal GPKI. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak Status Permohonan Sijil Digital Pengguna:

          4.1    Akses portal GPKI https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal

          4.2    klik > [PERKHIDMATAN] > [PERMOHONAN SIJIL DIGITAL PENGGUNA]

          4.3    klik > [Semak Status Sijil Digital Pengguna].

          4.4    Skrin Semak Status Permohonan Sijil Digital akan dipaparkan.

          4.5    Masukkan No. MyKad dan klik [Seterusnya].

          4.6    Skrin berkenaan soalan dan jawapan rahsia serta imej keselamatan akan dipaparkan. 

A5: Anda berkemungkinan belum lagi didaftarkan sebagai pengguna Sijil Digital. Sila merujuk atau berhubung dengan Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) di Agensi atau Jabatan/Bahagian untuk semakan bagi mengesahkan No MyKad anda.

A6: Sijil Digital softcert anda boleh dimuat turun seperti berikut:

           6.1   Akses portal GPKI https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal

           6.2     klik > [PERKHIDMATAN] > [PENGURUSAN SIJIL DIGITAL PENGGUNA]

           6.3     klik > [Muat Turun Sijil Digital Softcert.

           6.4     Skrin Muat Turun Sijil Digital akan dipaparkan.

           6.5     Masukkan No. MyKad dan klik [Seterusnya].

           6.6     Masukkan Soalan dan Jawapan keselamatan serta PIN sijil digital > klik [Seterusnya].

           6.7     Skrin Muat Sijil Digital Softcert dipaparkan > klik [Muat Turun].

A7: "PIN Sijil Digital" adalah kata kunci yang digunakan untuk mengaktifan Sijil Digital anda. "PIN Sijil Digital" ini adalah sulit dan menjadi tanggungjawab anda untuk menjaga Sijil Digital anda dengan selamat.

A8: Berikut adalah langkah-langkah untuk menetapkan semua no. PIN Siji Digital anda.

8.1            Bagi pengguna Siji Digital Roamingcert/Softcert:

Anda boleh menetapkan semula no. PIN Sijil Digital anda melalui GPKI Agent versi 3.0 Release 2.0.0.0 > tab menu “Pengurusan Softcert/Roamingcert” > sub menu “Reset PIN”. PIN Sijil Digital sementara akan dihantar ke e-mel anda. Sila pastikan anda menukar PIN Sijil Digital sementara apabila telah bersedia untuk menukar no. PIN sementara tersebut.

 

8.2            Bagi pengguna Sijil Digital Token:

Langkah-langkah untuk reset no. PIN token (kerana terlupa no. PIN) adalah seperti berikut:

8.2.1       Pastikan token telah dimasukkan ke USB Port komputer anda.

8.2.2       Pastikan GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 telah diaktifkan. Skrin GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 akan dipaparkan.

8.2.3       Klik pada menu [Pengurusan Token] dan klik pada sub menu [Reset PIN].

8.2.4       Skrin Permohonan Reset PIN akan dipaparkan.

8.2.5       Masukkan No. MyKad dan klik butang [Hantar].

8.2.6       Skrin seterusnya akan dipaparkan.

8.2.7       GPKI AGENT 3.0 akan memaparkan No. Siri Token.

8.2.8       Klik butang [Jana SO PIN].

8.2.9       Sistem akan memaparkan popup skrin Permohonan SO PIN. Pilih Soalan Rahsia dan masukkan Jawapan, kemudian klik butang [Hantar] untuk mendapatkan SO PIN.

8.2.10   SO PIN akan dipaparkan secara automatik pada ruangan Unblock (SO PIN).

8.2.11   Masukkan no. PIN Token Baharu dan Pengesahan no. PIN Token Baharu. Kemudian tekan [Reset PIN].

8.2.12   Sistem akan memaparkan mesej Transaksi Berjaya.

 

8.3            Anda boleh menetapkan semula PIN Sijil Digital anda melalui "Reset PIN". PIN Sijil Digital sementara akan dihantar ke e-mel anda. Sila pastikan anda menukar PIN Sijil Digital anda dan memuat turun Sijil Digital setelah Reset PIN berjaya dilakukan.

A9. Sila rujuk e-mel anda untuk memastikan sebab permohonan ditolak. Sekiranya e-mel tersebut menyatakan anda boleh memohon semula, anda dikehendaki melengkapkan semula "Permohonan Sijil Digital Pengguna" dengan menggunakan kod pengaktifan yang disertakan dalam e-mel tersebut.

A10: Anda hendaklah menyemak status permohonan anda sepertu berikut:

10.1         Sekiranya status anda 'Masih dalam Pengesahan pentadbir AP', dan hendaklah menghubungi pentadbir AP di agensi anda untuk tindakan pengesahan.

10.2         Sekiranya status anda 'Masih dalam Kelulusan RA/CA', anda hendaklah mengajukan sebarang aduan dan pertanyaan ke Portal GPKIDESK di pautan https://gpkidesk.mampu.gov.my/gpki_helpdesk_portal/home

10.3         Sekiranya status anda 'Anda belum membuat pengaktifan token', anda boleh membuat pengaktifan token anda dengan memastikan anda telah memuat turun dan memasang GPKI Agent 3.0 Release 2.0.0.0.

A11: Sekiranya pengguna gagal untuk mencetak borang permohonan semasa menekan butang CETAK, pengguna boleh merujuk semula maklumat permohonan yang gagal dicetak pada:- 


- Portal GPKI > Perkhidmatan > Permohonan Sijil Digital Pengguna > 

  i.   Semak Status Sijil Digital Pengguna; dan

  ii. Hasil paparan semakan tersebut boleh dibuat rujukan.

A1: Ya, perlu. E-mel notifikasi akan dihantar kepada anda dalam masa 30 hari, 15 hari dan sehari sebelum tamat tempoh. Pembaharuan sijil digital boleh dibuat dengan mengemukakan semula "Permohonan Sijil Digital Pengguna" di portal GPKI.

Rujuk Panduan Pengguna no.3 Permohonan Pembaharuan Sijil Digital Pengguna


A2: Tempoh hayat sijil digital adalah 2 tahun.

A3: E-mel notifikasi akan dihantar kepada anda bersama kod verifikasi dalam masa 30 hari sebelum tamat tempoh. Pembaharuan boleh dibuat dengan melengkapkan semula "Permohonan Sijil Digital Pengguna" di portal GPKI.

Rujuk Panduan Pengguna Permohonan Pembaharuan Sijil Digital Pengguna.


A4: Sekiranya pengguna tidak menerima e-mel tersebut, pengguna boleh menjana kod verifikasi sendiri di portal GPKI. Kod verifikasi akan dihantar melalui e-mel yang telah didaftarkan. Untuk memastikan e-mel yang telah didaftarkan, anda boleh membuat semakan di portal GPKI > PERKHIDMATAN > PENGURUSAN SIJIL DIGITAL PENGGUNA > Kemaskini Profil Pengguna.

Klik disini untuk menjana kod verifikasi.

A5: Permohonan pembaharuan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah:


            5.1         Pengguna perlu menjana kod verifikasi di portal GPKI https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/.

            5.2      Klik > PERKHIDMATAN > PERMOHONAN SIJIL DIGITAL PENGGUNA.

            5.3      Klik > Permohonan Sijil Digital Pengguna > Jana Kod Verifikasi Permohonan.

            5.4      Masukkan no MyKad > klik [Semak]

            5.5      E-mel pengguna akan dipaparkan dan klik [Jana].

            5.6      Kod verifikasi akan dihantar ke e-mel pengguna.

            5.7      Pengguna boleh merujuk pentadbir AP/SA/SAP untuk semakan lanjut.

            5.8      Rujuk Panduan Pengguna no. 5 - Permohonan Pembaharuan Sijil Digital Pengguna.

A6: Bagi pemegang sijil digital softcert, berikut adalah langkah-langkah untuk memperbaharui sijil digital softcert seperti di bawah:

           6.1            Pengguna perlu melayari portal GPKI https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/

     6.2            Klik > PERKHIDMATAN > PERMOHONAN SIJIL DIGITAL PENGGUNA.

     6.3            Klik > Permohonan Sijil Digital Pengguna.

     6.4            Masukkan no MyKad dan kod verifikasi > klik [Seterusnya].

     6.5            Pengguna boleh merujuk pentadbir AP/SA/SAP untuk semakan lanjut.

     6.6            Rujuk Panduan Pengguna Permohonan Pembaharuan Sijil Digital Pengguna.


Setelah permohonan diluluskan, pengguna boleh memuat turun sijil digital softcert di portal GPKI > PERKHIDMATAN > PENGURUSAN SIJIL DIGITAL PENGGUNA > Muat Turun Sijil Digital Softcert > Masukkan no. MyKad > Klik [Seterusnya].

A7: Anda perlu membuat semakan dengan merujuk seperti berikut:

    7.1            Pastikan pengguna menggunakan GPKI Agent 3.0 terbaharu.

    7.2            Pastikan pengguna mengetahui soalan dan jawapan rahsia.

    7.3            Pastikan capaian internet ke Sistem GPKI dalam keadaan baik.

     Berikut adalah langkah-langkah Pengaktifan Token seperti di bawah:

                7.3.1       Sila aktifkan GPKI Agent 3.0 (release 2.0.0.0).

                7.3.2       Sila pasang token sehingga no siri token anda dipaparkan.

                7.3.3       Pilih menu Pengurusan Token > Pengaktifan Token.

                7.3.4       Masukkan Soalan dan Jawapan Rahsia serta PIN Sijil Digital.

                7.3.5       Tekan > [Hantar]. Tunggu sehingga proses pengaktifan selesai.

                7.3.6       Transaksi Berjaya akan dipaparkan.

 

Rujuk capaian pantas: Tajuk no. 1 - GPKI AGENT 3.0 - PENGURUSAN TOKEN

A8: Terdapat dua kaedah/cara yang berbeza iaitu:

8.1            Bagi pengguna yang masih memerlukan sijil digital token pengguna perlu membuat permohonan pembaharuan sijil digital token.

Rujuk tajuk no. 3 - Panduan Permohonan Pembaharuan Sijil Digital Pengguna.

 

8.2            Bagi pengguna yang tidak lagi memerlukan sijil digital token, pengguna perlu memulangkan token kepada pihak JDN dengan mengemukakan permohonan pembatalan sijil digital dan menghantar fizikal token ke alamat seperti di bawah:

 

Jabatan Digital Negara (JDN),

Kementerian Digital,

Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur & Keselamatan ICT (BPG)

Aras 1, Bangunan MKN-Embassy Techzone, Blok B,

No 3200, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya,    

Selangor Darul Ehsan.

(U/P : Pengarah Seksyen Perkhidmatan MyGPKI)

A9: Tidak. Membuat pembatalan sijil digital token tanpa sebab tertentu atau untuk tujuan memperbaharui sijil digital adalah satu kesalahan. Sekiranya pengguna didapati berbuat demikian, pihak JDN akan menyekat sijil digital tersebut. Sebab- sebab pembatalan yang dibenarkan adalah seperti berikut:


9.1        Sijil Digital Token

9.1.1       Token hilang/dicuri

9.1.2       Token rosak

9.1.3       Sijil digital tidak boleh digunakan/corrupt

9.1.4       Kesilapan No. MyKad dalam Sijil Digital

9.1.5       Tamat Peranan

9.1.6       Pengguna Salah guna Sijil Digital

9.1.7       Token tidak diterima

9.1.8       Taman Perkhidmatan dan bersara

9.1.9       Pertukaran Medium

 

9.2        Sijil Digital Roamingcert/Softcert

9.2.1       Sijil digital tidak boleh digunakan/corrupt

9.2.2       Kesilapan No. MyKad dalam Sijil Digital

9.2.3       Kesilapan nama dalam Sijil Digital

9.2.4       Tamat Peranan

9.2.5       Pengguna Salah guna Sijil Digital

9.2.6       Tamat Perkhidmatan dan bersara

9.2.7       Pertukaran Medium

A10: Anda boleh memastikan sijil digital token anda berjaya diaktifkan dengan mengikut langkah-langkah berikut:

10.1         Membuat semakan pada GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0) > Pengurusan Token > Papar Sijil Digital (Pastikan token telah dipasang pada pc/komputer).

10.2         Membuat semakan pada portal GPKI (https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/) PERKHIDMATAN > PERMOHONAN SIJIL DIGITAL PENGGUNA > Semak Status Sijil Digital Pengguna.

10.3         Membuat pengujian ke atas sijil digital token anda > GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0) > Pengurusan Token > Pengujian Token.

10.4         Membuat pengujian fungsi PKI di portal GPKI (https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/) PERKHIDMATAN > Pengurusan Sijil Digital Pengguna > Pengujian Fungsi PKI.

A11: Sekiranya pengguna gagal untuk mencetak borang permohonan semasa menekan butang CETAK, pengguna boleh merujuk semula maklumat permohonan yang gagal dicetak pada:- 


- Portal GPKI > Perkhidmatan > Permohonan Sijil Digital Pengguna > 

  i.   Semak Status Sijil Digital Pengguna; dan

  ii. Hasil paparan semakan tersebut boleh dibuat rujukan.

A1: Pembatalan boleh dibuat atas sebab-sebab seperti berikut:

1.1    Pembatalan Sijil Digital Token

1.1.1       Token hilang/dicuri

1.1.2       Token rosak

1.1.3       Sijil digital tidak boleh digunakan/corrupt

1.1.4       Kesilapan No. MyKad dalam sijil digital

1.1.5       Tamat Peranan Aplikasi

1.1.6       Pengguna salah guna sijil digital

1.1.7       Token tidak diterima

1.1.8       Taman Perkhidmatan/bersara/meninggal dunia

1.1.9       Pertukaran Medium

 

1.2    Pembatalan Sijil Digital Roamingcert/Softcert

1.2.1       Sijil digital tidak boleh digunakan/corrupt

1.2.2       Kesilapan No. MyKad dalam sijil digital

1.2.3       Kesilapan nama dalam sijil digital

1.2.4       Tamat Peranan Aplikasi

1.2.5       Pengguna salah guna sijil digital

1.2.6       Tamat Perkhidmatan/bersara/meninggal dunia

1.2.7       Pertukaran Medium

A2: Tuan/Puan perlu membuka tiket aduan terlebih dahulu di sistem GPKIDESK dan pihak Meja Bantuan akan membalas aduan tuan/puan dengan tatacara pembatalan token hilang. Tuan/Puan juga boleh merujuk di Manual Pengguna Permohonan Pembatalan dan Penggantian Sijil Digital dengan klik disini.

A3: Tuan/Puan perlu membuka tiket aduan terlebih dahulu di sistem GPKIDESK (https://gpkidesk.mampu.gov.my/gpki_helpdesk_portal/home) dan pihak Meja Bantuan akan membalas aduan tuan/puan bagi semakan Teknikal. Sekiranya token didapati rosak, tuan/puan akan diberi tatacara pembatalan token rosak. Tuan/Puan juga boleh merujuk di Manual Pengguna Permohonan Pembatalan dan Penggantian Sijil Digital dengan klik disini.

A4: Sekiranya ralat “Tiada Rekod Dijumpai”, mohon untuk tuan/puan membuka tiket aduan di sistem GPKIDESK untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

A5: Sekiranya permohonan pembatalan tuan/puan telah dibatalkan oleh Pihak CA, tuan/puan boleh membuat permohonan penggantian semula. Tuan/Puan juga boleh merujuk di Manual Pengguna Permohonan Pembatalan dan Penggantian Sijil Digital dengan klik disini.

A6: Tuan/Puan atau Pentadbir AP perlu melaksanakan permohonan pembatalan terlebih dahulu dan perlu pulangkan token ke Jabatan Digital Negara (JDN), CYBERJAYA. Tuan/Puan juga boleh merujuk di Manual Pengguna Permohonan Pembatalan dan Penggantian Sijil Digital dengan klik disini.


Jabatan Digital Negara (JDN),

Kementerian Digital,

Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur & Keselamatan ICT (BPG),

Aras 1, Bangunan MKN-Embassy Techzone, Blok B,

No 3200, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya,    

Selangor Darul Ehsan.

(U/P : Pengarah Seksyen Perkhidmatan MyGPKI)

A7: Sekiranya pengguna gagal untuk mencetak borang permohonan semasa menekan butang CETAK, pengguna boleh merujuk semula maklumat permohonan yang gagal dicetak pada:- 


- Portal GPKI > Perkhidmatan > Permohonan Sijil Digital Pengguna > 

  i.   Semak Status Pembatalan Sijil Digital Pengguna; dan

  ii. Hasil paparan semakan tersebut boleh dibuat rujukan.

A1: Protokol Lapisan Soket Selamat (SSL) digunakan untuk menyulitkan maklumat yang dihantar melalui internet. Sijil digital pelayan SSL membolehkan pelayan web mewujudkan sesi SSL dengan pelayar web. Terdapat beberapa produk sijil SSL seperti yang berikut:


    1.1  Sijil digital pelayan tunggal sebagaimana yang ditawarkan sekarang;

    1.2  Sijil digital kad bebas (wild card);

    1.3  Sijil digital pengesahsahihan yang diperluas (extended validation certificate);

    1.4  Sijil digital komunikasi dipersatukan (unified communications certificate); dan

    1.5  Sijil digital pengesahsahihan yang diperluas bagi pelbagai domain (extended validation multi-domain certificate).

A2:   Link aliran proses kerja permohonan sijil digital pelayan

  1. Pengguna membuat Permohonan Sijil Digital Pelayan (SSL). Langkah-langkah adalah seperti berikut: 
    1. Akses GPKI Web Portal https://gpki.mampu.gov.my
    2. Pergi ke [Perkhidmatan] > [PENGURUSAN SIJIL DIGITAL PELAYAN] dan klik [Pendaftaran Sijil Digital Pelayan] bagi pengguna yang belum pernah memohon Sijil Digital Pelayan. Sekiranya pernah memohon klik [Permohonan Sijil Digital Pelayan]
    3. Masukkan Nama Pemohon dan No.MyKad yang sah dan Klik butang [Seterusnya].
    4. Sekiranya No.MyKad dan Nama Pemohon sah dan belum pernah berdaftar sebagai Pengguna Sijil Digital Pelayan, skrin Pra Kemasukan Pendaftaran Baru dipaparkan
    5. Lengkapkan borang permohonan Sijil Digital Pelayan, maklumat pemohon, pegawai teknikal, pegawai pengesah dan maklumat server.
    6. Masukkan [Jawapan Pengesahan Keselamatan] dan klik [Hantar] untuk
      menghantar permohonan.
    7. Sistem akan memaparkan maklumat permohonan Sijil Digital Pelayan dan permohonan boleh dicetak.
  2. Permohonan perlu medapatkan Kelulusan daripada pihak Admin (MAMPU).
  3. Permohonan yang telah diluluskan oleh Admin akan dihantar kepada RA, untuk tujuan pemprosesan Sijil Digital Pelayan (SSL).
  4. Setelah RA memproses Sijil Digital Pelayan (SSL), RA akan membuat tindakan Penerimaan Sijil Digital Pelayan iaitu menghantar Sijil Digital Pelayan melalui e-mel kepada pengguna yang membuat permohonan tersebut.
  5. Pengguna yang telah menerima e-mel notifikasi yang mengandungi Sijil Digital Pelayan
    perlu membuat tindakan Kemaskini Penerimaan Sijil Digital Pelayan di Portal GPKI.
  6. Pengguna perlu membuat tindakan Kemaskini Pemasangan Sijil Digital Pelayan di Portal GPKI.

A3: Pembaharuan sijil digital pelayan boleh dibuat seawal 30 hari sebelum tamat tempoh sijil tersebut melalui Portal GPKI.

 

Pegawai-pegawai yang telah didaftarkan sebagai pentadbir SSL akan menerima notifikasi pembaharuan sijil digital pelayan pada 30 hari sebelum tamat tempoh sijil dan pada hari tamat tempoh sijil tersebut.

A4: Tempoh sah laku sijil digital pelayan yang dibekalkan oleh MAMPU kepada agensi ialah 12 bulan tertakluk pada polisi Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (CA) yang berkenaan.

A5: Berikut adalah senarai semak untuk memohon sijil digital pelayan:

5.1    Penyediaan laporan penilaian risiko laman web agensi;

5.2    Penjanaan fail Certificate Signing Request (CSR) di pelayan;

5.3    Pendaftaran pegawai pentadbir pelayan di Portal GPKI;

5.4    Permohonan baharu atau pembaharuan sijil digital pelayan di Portal GPKI

5.5    Kelulusan pengesahan organisasi dan domain oleh prinsipal (eVetting);

5.6    Penjanaan sijil digital pelayan oleh CA

5.7    Penerimaan dan pemasangan sijil digital pelayan oleh agensi

5.8    Semakan konfigurasi dan kemaskini tarikh dan taraf pemasangan sijil digital

5.9    Pembatalan sijil digital pelayan (jika berkaitan sahaja).

A6: Kateria dan syarat adalah seperti berikut:

6.1    Pelayan Sistem ICT memerlukan tahap kawalan keselamatan yang tinggi kerana sistem mengandungi maklumat rahsia rasmi.  Hanya pelayan produksi sahaja akan ditanggung oleh Agensi Pusat tidak termasuk pelayan pembangunan (staging atau development), latihan (training with dummy data) dan pengujian (testing).

6.2    Capaian sistem hendaklah melalui Internet (Public) sahaja tidak termasuk Intranet.

6.3    Semua maklumat domain pelayan (contoh: gpki.mampu.gov.my) telah wujud dan telah didaftarkan dengan pendaftar domain (MYNIC).

6.4    Perlu sediakan janaan Permintaan Tandatangan Sijil - CSR (Certificate Signing Request) oleh agensi

6.5    Sebarang perubahan ke atas nama domain dan jenis sijil digital pelayan adalah tidak dibenarkan setelah permohonan diluluskan

6.6    Permohonan pembaharuan hanya akan mula diproses seawal 30 hari sebelum tamat tempoh sijil digital sedia ada.

Rujukan:

Portal GPKI  > Muat Turun > Dokumen GPKI > Permohonan  Perkhidmatan GPKI > Perkara 8: Prasyarat danKriteria Sijil Digital Pelayan

 

A7: Tatacara penjanaan CSR bagi pelayan adalah seperti pautan menu di bawah:

 

Portal GPKI (https://gpki.mampu.gov.my) >

Muat Turun > Dokumen GPKI > Permohonan Perkhidmatan GPKI > Perkara 11: SijilDigital Pelayan – Tatacara Penjanaan CSR bagi Pelayan

 

Peringatan:

Fail private key *.key / *.ks / *.pem / *.jks / keystore /*.kdb perlu disimpan dengan selamat untuk pemasangan. Sekiranya fail tersebut hilang maka sijil yang diterima tidak dapat dipasang dan perlu penjanaan semula sijil dari pihak CA.

 

Panduan menjana fail csr di pautan:  

7.1    https://www.digicert.com.my/support. (tools penjanaan csr serta perlu pilih mengikut platform dan webservice)

7.2    https://www.entrustdatacard.com/knowledgebase/ssl/ssl-tls-tools. (tools penjanaan csr serta perlu platform mengikut webservice)

7.3    https://www.entrust.net/ssl-technical/csr-viewer.cfm. (semakan kandungan csr)

A8: Pentadbir Pelayan adalah terdiri daripada 3 iaitu Pegawai Pemohon (PIC), Pegawai Teknikal dan Pegawai Pengesah serta hendaklah terdiri daripada individu yang berbeza. Ketiga-tiga pegawai ini akan menerima kata laluan masing-masing dan mempunyai capaian ke Portal GPKI.


 8.1      Pendaftaran Pentadbir Pelayan

 Pendaftaran pentadbir pelayan hanya dibenarkan bagi permohonan sijil digital pelayan baharu untuk domain yang tidak pernah didaftarkan dalam Sistem GPKI.

 

8.2       Pentadbir Pelayan Sedia Ada (Terlupa Kata Laluan)

Sekiranya, kata laluan tidak diterima atau terlupa kata laluan maka Pentadbir Pelayan boleh reset kata laluan masing-masing bagi mendapatkan kata laluan yang baharu di Portal GPKI > Menu Perkhidmatan > Pengurusan Sijil Digital Pelayan > Reset Kata Laluan. Kata laluan akan diterima melalui e-mel notifikasi Sistem GPKI dan Portal GPKI boleh dicapai dengan menggunakan kata laluan yang telah diberikan pada Portal GPKI > Menu Perkhidmatan > Pengurusan Sijil Digital Pelayan > Permohonan Sijil Digital Pelayan. Pentadbir pelayan perlu memastikan e-mel masing-masing masih sah dan sama seperti mana yang telah didaftarkan di dalam Sistem GPKI. Sekiranya e-mel tidak diterima atau e-mel bertukar, sila maklumkan kepada admingpki@mampu.gov.my sebelum reset kata laluan dilaksanakan.

 

8.3       Pentadbir Pelayan Bertukar atau Berpindah Agensi

Sebarang perubahan dan pengemaskinian maklumat pentadbir pelayan yang bertukar atau berpindah agensi boleh dilaksanakan sendiri oleh salah seorang pentadbir pelayan yang lain di Menu Kemaskini Profil Pegawai (Portal GPKI > Menu Perkhidmatan > Pengurusan Sijil Digital Pelayan > Kemaskini Profil Pegawai). Sekiranya masih gagal, maka pentadbir perlu melengkapkan butiran berikut bagi tujuan pengemaskinian maklumat dan e-melkan kepada admingpki@mampu.gov.my. Pegawai pengganti akan menerima maklumat kata laluan yang baharu melalui e-mel notifikasi Sistem GPKI. 

A9: Berikut adalah cara untuk membuat permohonan baharu atau pembaharuan:


    9.1    Portal GPKI > Menu Perkhidmatan > Pengurusan Sijil Digital Pelayan >Permohonan Sijil Digital Pelayan.

    9.2    Bagi Permohonan Baharu untuk pentadbir pelayan yang tidak pernah berdaftar akan menggunakan borang /paparan yang sama daripada Menu Pendaftaran Pengguna Sijil Digital Pelayan.

    9.3    Bagi Permohonan Baharu atau Tambahan untuk pentadbir pelayan sedia ada akan menggunakan butang “Permohonan Baharu di Menu Permohonan Sijil Digital Pelayan.

    9.4    Bagi Permohonan Pembaharuan akan menggunakan butang icon ”+” berwarna hijau yang berfungsi sebagai butang “Permohonan Pembaharuan” di Menu Permohonan Sijil Digital Pelayan

 

Ralat: Tiada Icon.

  1. Butang pembaharuan hanya akan dipaparkan seawal 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh sijil sedia ada.
  2. Ralat Butang pembaharuan masih tidak dipaparkan walaupun tempoh telah kurang dari 30 hari disebabkan kitaran permohonan terdahulu tidak lengkap atau tidak selesai sepenuhnya.
  3. Oleh itu, Pentadbir Pelayan (Pegawai Pemohon) perlu melaksanakan Penerimaan dan pemasangan sijil digital pelayan oleh agensi.

A10: Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan selepas menerima sijil digital pelayan:

 

10.1     Mesti mengemas kini tarikh penerimaan sijil digital pelayan di Portal GPKI bagi tujuan pengesahan penerimaan sejurus sijil digital diterima daripada CA atau prinsipal di Portal GPKI (https://gpki.mampu.gov.my) > Menu Perkhidmatan> Menu Pengurusan Sijil Digital Pelayan> Kemaskini Penerimaan Sijil Digital Pelayan > NoMyKad dan nama domain/subdomain > kemaskini tarikh terima sijil.  Sekiranya tarikh penerimaan tidak dikemaskini, pihak agensi akan mengalami ralat dan tidak dapat memohon pembaharuan sijil tersebut di Portal GPKI kelak.

 

10.2     Mesti memasang sijil digital pelayan di pelayan agensi masing-masing dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan sijil digital pelayan tersebut. Bagi tujuan pemasangan sijil digital pelayan dengan konfigurasi yang betul dan sijil rantaian (chain) yang lengkap, pihak agensi memerlukan sijil rantaian tambahan iaitu intermediate dan root bagi CA dan juga fail private key (*.key/*.pem) (sekiranya pelayan bukan Windows) yang sepadan dengan fail csr yang telah dikemukakan semasa permohonan di Portal GPKI terutama kepada agensi yang pertama kali pertama menggunakan prinsipal ini. Sila pastikan arahan pemasangan diikuti dengan teliti kerana setiap prinsipal mempunyai sijil rantaian yang berbeza yang perlu dipasang.  Malahan, kaedah pemasangan juga adalah berbeza mengikut platform dan webservice bagi pelayan masing-masing.

A11: Sekiranya, kata laluan tidak diterima atau terlupa kata laluan maka Pentadbir Pelayan boleh reset kata laluan masing-masing bagi mendapatkan kata laluan yang baharu di Portal GPKI > Menu Perkhidmatan > Pengurusan Sijil Digital Pelayan > Reset Kata Laluan. Kata laluan akan diterima melalui e-mel notifikasi Sistem GPKI dan Portal GPKI boleh dicapai dengan menggunakan kata laluan yang telah diberikan pada Portal GPKI > Menu Perkhidmatan > Pengurusan Sijil Digital Pelayan > Permohonan Sijil Digital Pelayan. Pentadbir pelayan perlu memastikan e-mel masing-masing masih sah dan sama seperti mana yang telah didaftarkan di dalam Sistem GPKI. Sekiranya e-mel tidak diterima atau e-mel bertukar, sila maklumkan kepada admingpki@mampu.gov.my sebelum reset kata laluan dilaksanakan.
A12: Sebarang perubahan dan pengemaskinian maklumat pentadbir pelayan yang bertukar atau berpindah agensi boleh dilaksanakan sendiri oleh salah seorang pentadbir pelayan yang lain di Menu Kemaskini Profil Pegawai (Portal GPKI > Menu Perkhidmatan > Pengurusan Sijil Digital Pelayan > Kemaskini Profil Pegawai). Sekiranya masih gagal, maka pentadbir perlu melengkapkan butiran berikut bagi tujuan pengemaskinian maklumat dan e-melkan kepada admingpki@mampu.gov.my. Pegawai pengganti akan menerima maklumat kata laluan yang baharu melalui e-mel notifikasi Sistem GPKI.

A1: Ya. Anda perlu memasang dan menggunakan GPKI AGENT 3.0 yang terbaharu iaitu release 1.0.01. Anda tidak perlu uninstall MAMPU GPKI Agent 2.0. Anda hanya perlu nyahaktif GPKI AGENT 2.0 sebelum membuat pemasangan GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0).

A2: Anda boleh memuat turun GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0) di web portal GPKI. Berikut adalah langkah-langkah untuk memuat turun GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0) :

        2.1   Sila layari web portal GPKI https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/

        2.2    Sila muat turun GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0) di pautan MUAT TURUN > Muat Turun Agen.

        2.3    Klik Media yang bertajuk GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0).

        2.4    Masukkan nombor MyKad pengguna yang didaftarkan dan klik Hantar.

        2.5    Pilih simpan. GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0) akan dimuat turun ke dalam folder download.

        2.6    Sila rujuk MANUAL PENGGUNA - GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0).

A3: Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pemasangan (installation) GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0) seperti berikut:

        3.1   Sila akses fail yang dimuat turun di folder ..\MyDocuments\Downloads\. Klik fail untuk pemasangan.

        3.2   Pilih bahasa English dan klik OK.

        3.3   Tekan Next untuk penetapan destinasi pemasangan.

        3.4   Tekan Next untuk penetapan desktop shotcut.

        3.5   Klik Install, dan tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

        3.6   Paparan proses pemasangan selesai. Klik Finish untuk tutup.

        3.7   MAMPU GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0) diaktifkan di taskbar komputer pengguna.

        3.8   Sila rujuk MANUAL PENGGUNA - GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0).

A5: Berikut adalah caranya: -

5.1      Klik pada [shortcut icon] GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 di skrin desktop pengguna atau [Start > All Program > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0] untuk mengaktifkan servis GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0.

5.2      Klik pada menu [Utiliti] dan klik pada sub menu [Meja bantuan > aduan].

5.3      Portal meja bantuan akan dipaparkan. 

A6: Berikut adalah caranya: -

6.1            Klik pada [shortcut icon] GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 di skrin Desktop penggun atau [Start > All Program > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0] untuk mengaktifkan servis GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0.

6.2            Klik pada menu [Pengurusan Pengguna] dan klik pada sub menu [Tukar soalan dan imej rahsia].

6.3            Skrin Tukar soalan dan imej rahsia akan dipaparkan. Masukkan No. MyKad dan klik butang [Hantar].

6.4            Pilih jenis medium dan Soalan Rahsia dan masukkan Jawapan. Klik seterusnya.

6.5            Skrin Tukar soalan dan imej rahsia akan dipaparkan. Kemaskini soalan dan imej rahsia. Klik [Simpan] untuk soalan dan imej rahsia.

A7: Berikut adalah caranya: -

7.1            Klik pada [shortcut icon] GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 di skrin Desktop pengguna atau [Start > All Program > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0] untuk mengaktifkan servis GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0.

7.2            Klik pada menu [Pengurusan Pengguna] dan klik pada sub menu [Kemaskini profil].

7.3            Skrin Kemaskini profil akan dipaparkan. Masukkan No. MyKad dan klik butang [Hantar].

7.4            Pilih Soalan Rahsia, dan masukkan Jawapan.

7.5            Skrin Kemaskini profil akan dipaparkan. Kemaskini maklumat profil pengguna. Klik [Simpan] untuk kemaskini profil pengguna. 

A1:      Pentadbir GPKI (AP - Authorised Personnel, SA - Sub Admin, SAP - Sub Admin Pelaksana) adalah pegawai di Agensi dan Jabatan/Bahagian di Kementerian yang dilantik sebagai Pentadbir Sistem GPKI. 


            1.1        Peranan Pentadbir AP (Authorised Personnel): 

1.1.1   Mendaftar dan mengesahkan permohonan Sijil Digital pengguna Aplikasi ICT Kerajaan yang memerlukan Sijil Digital.

1.1.2   Membantu pengguna dalam pengurusan Sijil Digital.

1.1.3   Melakukan semakan status sijil digital pengguna dan mengemaskini maklumat pengguna-pengguna di bawah Agensinya.

1.1.4   Memohon pembatalan bagi pihak pengguna yang perlu melakukan pembatalan sijil digital.


1.2          Peranan Pentadbir SA (Sub Admin): 

1.2.1   Mendaftar dan mengesahkan permohonan Sijil Digital pengguna Aplikasi ICT Kerajaan yang memerlukan Sijil Digital.

1.2.2   Membantu pengguna dan pentadbir AP dalam pengurusan Sijil Digital.

 

      1.3        Peranan Pentadbir SAP (Sub Admin Pelaksana):

1.3.1   Mendaftar dan mengesahkan permohonan Sijil Digital pengguna Aplikasi ICT Kerajaan yang memerlukan Sijil Digital.

1.3.2   Membantu pengguna, pentadbir AP dan SA dalam pengurusan Sijil Digital.

A2:      Perlantikan Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) bagi setiap Kementerian/Agensi dihadkan kepada dua (2) orang sahaja.

A3:      Kelulusan bagi permohonan pelantikan Pentadbir (AP/SA/SAP) mengikut level adalah seperti berikut:


3.1      Admin GPKI akan meluluskan permohonan pelantikan pentadbir Sub Admin Pelaksana (SAP).

3.2      Sub Admin Pelaksana (SAP) akan meluluskan permohonan pelantikan pentadbir Sub Admin (SA) di bawah aplikasi yang dipertanggungjawapkan.

3.3      Sub Admin (SA) akan meluluskan permohonan pelantikan pentadbir AP di bawah aplikasi yang dipertanggungjawapkan dan di bawah Kementeriannya. Sub Admin Pelaksana (SAP)  juga dibenarkan untuk meluluskan permohonan pelantikan pentadbir AP di bawah aplikasi yang dipertanggungjawapkan.

3.4      Admin GPKI juga boleh membuat kelulusan semua permohonan pelantikan pentadbir merujuk kepada keperluan dan keutamaan.

A4:   Langkah-langkah untuk mengenalpasti AP dan Sub Admin adalah:

4.1        Semak profil Agensi dan Kementerian pengguna. Kemaskini profil Agensi dan Kementerian pengguna sekiranya tidak betul.

4.2        Salin Agensi yang terdapat pada profil penggun

4.3        Akses Portal GPKI (https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal).

4.4        Pergi ke [Perkhidmatan] > [PENGURUSAN PENTADBIR] dan klik [Carian Pentadbir].

4.5        Masukkan Agensi pada ruang carian dan tekan [Cari].

4.6        Setelah carian dijumpai, senarai Sub Admin dan AP akan dipaparkan. Klik pada nama Sub Admin atau AP, maklumat pentadbir akan dipaparkan.

A5: Langkah-langkah untuk pelantikan atau memohon untuk menjadi pentadbir (AP/SA/SAP) adalah seperti berikut:


      5.1            Akses Portal GPKI (https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal).

5.2            Pergi ke [Perkhidmatan] > [PENGURUSAN PENTADBIR] dan klik [Permohonan Pelantikan].

5.3            Masukkan No. MyKad dan pilih [Jenis Pentadbir sama ada AP atau SA atau SAP] dan klik [Seterusnya] untuk ke skrin seterusnya.

5.4            Maklumat pemohon akan dipaparkan. Tandakan / pada [Aplikasi ICT Kerajaan]. Masukkan kod pengesahan keselamatan pada [Pengesahan Keselamatan] dan klik [Hantar].

5.5            Borang permohonan akan dipaparkan. Cetak borang permohonan dan dapatkan tandatangan dari Ketua Jabatan.

**Pastikan Pengguna mendapatkan Tandatangan Ketua Jabatan dan cop Agensi sebelum memuat naik borang permohonan pelantikan.

5.6            Muat naik borang yang telah ditandatangan pada menu Muat Naik Borang dan klik [Hantar].

5.7            Setelah [hantar], permohonan akan diluluskan oleh pentadbir GPKI.

5.8            Emel akan dihantar setelah permohonan diluluskan dan pengguna boleh login ke Sistem GPKI sebagai pentadbir Sistem GPKI.

A6: Sekiranya pentadbir AP bertukar ke agensi lain, Sub Admin/Admin hendaklah membuat penamatan peranan pentadbir tersebut. AP akan menjadi pengguna biasa dan bukan lagi pentadbir Sistem GPKI.

Sekiranya AP tersebut perlu dilantik semula sebagai AP di Agensi yang baharu, proses pelantikan AP hendaklah dilakukan seperti berikut: 



6.1            Kemukakan permohonan pelantikan pentadbir di Portal GPKI.

6.2            Pengguna perlu mendapatkan pengesahan dan cop dari agensi baharu.

6.3            Sila hubungi Sub Admin di Kementerian, atau di negeri mana yang paling terdekat merujuk kepada aplikasi yang digunakan untuk pemakluman dan kelulusan. 

A7: Langkah-langkah untuk mencetak dan memuat naik semula borang permohonan pelantikan adalah seperti berikut:

       

      7.1            Akses  Portal GPKI (https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal).

7.2            Pergi ke Menu > Perkhidmatan > PENGURUSAN PENTADBIR dan klik > Cetak Kembali Borang Permohonan.

7.3            Masukkan No. MyKad dan pilih Jenis Pentadbir. Klik Seterusnya.

7.4            Skrin Cetak Kembali Borang Permohonan akan dipaparkan.

7.5            Klik [Cetak Kembali Borang Permohonan].

7.6            Pastikan Pengguna mendapatkan Tandatangan Ketua Jabatan dan cop Agensi sebelum memuat naik borang permohonan pelantikan.

A1: Sekiranya dipaparkan “ralat 105” semasa login Sistem GPKI:

1.1    Pastikan MAMPU GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0) telah diaktifkan. 

1.2    Muat turun dan buat pemasangan MAMPU GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0).

1.3    Muat turun MAMPU GPKI Agent 3.0 Release 2.0.0.0 dan pasang.

1.4    Semak MAMPU GPKI Agent 3.0 -> Utiliti -> Versi Agen 3.0 (Release 2.0.0.0).

1.5    Aktifkan (run) MAMPU GPKI Agent 3.0 dan sila cuba login pentadbir Sistem GPKI 3.0.

A2: Sekiranya dipaparkan “Ralat 105”, sila pastikan MAMPU GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0) telah dipasang dan aktif semasa login.

2.1  Pastikan MAMPU GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0) dimuat turun dan dipasang terlebih dahulu.

2.2  Sila rujuk manual pemasangan GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0) pada pautan: Manual MAMPU GPKI Agent 3.0 Release 2.0.0.0

2.3  Sila pastikan GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0) diaktifkan dan cuba klik pada butang “Login Pentadbir” untuk mencuba semula.

A3: Sekiranya pengguna menerima paparan ralat “303: Token tidak didaftarkan bagi pengguna”, bermakna maklumat HID (Hardware ID) token dan SOPIN tiada dalam pangkalan data myGPKI.

Pengguna dikehendaki mendapatkan HID token dengan mengikut langkah-langkah berikut:

     3.1   Pasangkan token di USB computer/pc.

     3.2   Klik pada [shortcut] GPKI Agent 3.0 untuk mengaktifkan MAMPU GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0).

     3.3   Klik pada menu [Utama] selepas GPKI Agent 3.0 dipaparkan.

     3.4   HID token akan dipaparkan pada skrin GPKI Agent 3.0 (Release 2.0.0.0)

     3.5   Sila kemukakan aduan dan muat naik maklumat no. HID token tersebut di pautan https://gpki.mampu.gov.my. (ADUAN PENGGUNA).

A4: Sekiranya pengguna mendapat 'Ralat PB-205: Kriteria Pengaktifan token tidak sah' bermakna pengguna telah melakukan tindakan pengaktifan token dan tidak perlu lagi membuat pengaktifan. Jika masih bermasalah, sila kemukakan aduan di Portal GPKIDESK di pautan https://gpkidesk.mampu.gov.my. (ADUAN PENGGUNA).

56: Sekiranya pengguna mengalami masalah 'Tidak boleh login Sistem iGFMAS' selepas menggunakan MAMPU GPKI Agent 3.0 Release 2.0.0.0, sila ikuti prosedur berikut:

5.1      Semak maklumat permohonan pembaharuan sijil digital di Portal GPKI > Perkhidmatan > Permohonan Sijil Digital Pengguna > Semak Status Permohonan Sijil Digital Pengguna.

5.2      Sekiranya sijil digital masih belum dijana, pengguna hendaklah membuat pengaktifan token.

5.3      Sila aktifkan MAMPU GPKI Agent 3.0 Release 2.0.0.0 > Menu Pengurusan Token > Pengaktifan Token.

5.4      Sekiranya masih bermasalah, pengguna hendaklah membuat aduan di Portal GPKIDESK untuk bantuan teknikal.

A6: Sekiranya pengguna mengalami masalah 'Tidak boleh peraku 1 dan peraku 2 sila ikuti langkah berikut:

6.1            Pastikan agent GPKI sedia ade berada dalam keadaan tidak aktif.

6.2            Muat turun dan install MAMPU GPKI Agent 3.0 Release 2.0.0.0 di Portal GPKI.

6.3            Pastikan maklumat yang di paparkan adalah MAMPU GPKI AGENT 3.0 (Release 2.0.0.0).

6.4            Aktifkan (run) MAMPU GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 dan cuba login semula sebagai pentadbir Sistem GPKI 3.0 atau melakukan peraku bagi sistem iGFMAS.

A7: Sekiranya pengguna mendapat paparan 'Ralat 111: Penyambungan ke GPKI servis telah tamat tempoh' semasa melakukan pengaktifan token, Ralat 111 ini menandakan rangkaian network mengalami masalah sama ada dirangkaian ke pelayan Sistem GPKI atau rangkaian di tempat anda. Pengguna boleh mencuba lagi setelah rangkaian pulih.

Ralat ini juga disebabkan oleh maklumat token tidak dikemaskini di dalam Portal GPKI. Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan HID Token & No. Siri Token:

 

7.1        HID Token:

  7.1.1       Run MAMPU GPKI Agent 3.0 Release 2.0.0.0

  7.1.2       Klik Utama

  7.1.3       Semak maklumat HID Token

 

7.2        No. Siri Token:

  7.2.1       Semak maklumat no. siri token di belakang token (di bawah barcode)


7.3       Aduan Pengguna:

          Sila kemukakan maklumat di bawah ke GPKIDESK (ADUAN PENGGUNA) untuk pengemaskinian maklumat token:

  7.3.1       No. Kad Pengenalan Pengguna

  7.3.2       Nama Penuh Pengguna

  7.3.3       HID Token dan No. Siri Token  

A8: Sekiranya pengguna mendapat paparan 'Ralat 150: Tindak balas servis yang kurang baik' semasa melakukan pengaktifan token. Ralat 150 bermakna tindak balas dari pelayan Sistem GPKI mengalami masalah. Antara masalah yang dihadapi kemungkinan pelayan lambat atau rangkaian ke Sistem CA sangat lambat atau menghadapi masalah. Pengguna boleh mencuba lagi setelah rangkaian pulih.

A9: Sekiranya mendapat 'Ralat 5016: Key yang dicari tidak dijumpai' bermakna semasa pelaksanaan pengaktifan token didapati Keypair RSA tidak sepadan dengan sijil digital yang dijana di server. Langkah yang perlu dilakukan adalah:

 9.1       Membuat pengaktifan semula menggunakan MAMPU AGENT 3.0 Release 2.0.0.0.

 9.2       Sekiranya masih gagal, pengguna hendaklah mengemukakan aduan di Portal GPKIDESK di pautan https://gpkidesk.mampu.gov.my..

A1:  Sebarang aduan atau pertanyaan hendaklah dikemukakan melalui Sistem GPKI DESK, di alamat URL https://gpkidesk.mampu.gov.my/gpki_helpdesk. Sila klik tab menu “Aduan Pengguna” dan isikan maklumat yang diperlukan.

A2: Sekiranya terdapat paparan ralat dalaman, anda perlu membuat aduan semula tanpa muat naik sebarang dokumen/lampiran terlebih dahulu. Setelah berjaya membuat aduan/pertanyaan, barulah boleh kemukakan atau muat naik dokumen/lampiran ralat sekiranya diperlukan oleh pihak Meja Bantuan MyGPKI. Anda perlu mengemukakan e-mel maklum balas pada tiket aduan anda melalui no. tiket aduan berkaitan.

A3:

3.1 Aduan adalah masalah yang sedang dihadapi, agak kompleks dan perlukan masa bagi menjalan siasatan lanjut.


3.2 Pertanyaan merupakan masalah lebih kecil, tidak kompleks dan boleh mendapat jawapan secara terus.

A4: Semua pengguna yang telah didaftarkan dalam sistem GPKI.
A5: Kebiasaan aduan pengguna akan ditutup bila tiada maklumbalas daripada pengguna dalam 5 hari bekerja atau masalah aduan telah pun selesai.
A6: Pentingnya aduan dibuat di GPKIDESK memudahkan pegawai meja bantuan mengumpul maklumat, membuat siasatan dan menjejak aduan yang perlu diselesaikan.

A1: Sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan Perkhidmatan MyGPKI hendaklah dikemukakan melalui Sistem GPKI Desk yang boleh dicapai melalui pautan daripada Portal GPKI (pautan “GPKI DESK” di sebelah atas hujung bahagian kanan skrin dengan tulisan berwarna biru) atau dengan melayari alamat URL https://gpkidesk.mampu.gov.my/gpki_helpdesk_portal/home.

        1.1   Nyatakan keterangan aduan atau pertanyaan dengan memilih perkara mengikut kategori yang dikehendaki.

        1.2   Kemukakan dokumen berkaitan dalam format .pdf, word atau fail log GPKI Agent 3.0 Release 2.0.0.0. sekiranya diminta oleh pegawai meja bantuan.

A2: Pengguna boleh melayari laman sesawang https://gpkidesk.mampu.gov.my/ > Klik Aduan Pengguna atau boleh hubungi Pegawai Meja Bantuan di nombor telefon : 0388008008

A3: Berikut adalah cara untuk mengenalpasti ralat tersebut:

        3.1    Sila pastikan pengguna telah membuat kemaskini dengan memuat naik Sijil Digital Softcert melalui Fungsi Profil Pengguna di Sistem eKehakiman.

        3.2     Sekiranya masih terdapat ralat selepas memuat naik Sijl Digital Softcert, mohon hubungi Meja Bantuan eKehakiman di pautan berikut:

A4: Pengguna boleh menghubungi Meja Bantuan di talian 0388008008 untuk kemukakan ralat tersebut atau mencuba semula selepas 15minit.
A5: Sila tekan butang “Seterusnya” di bawah Cadangan Penyelesaian dan klik Ya untuk meneruskan aduan.

A6: Berikut adalah caranya: -

        6.1    Buka portal GPKIDESK, https://gpkidesk.mampu.gov.my/gpki_helpdesk_portal/home > tekan semak status tiket > masukkan nombor MyKad > klik pada ciri keselamatan > klik HANTAR.

        6.2    Status tiket aduan/pertanyaan akan dipaparkan > semak status bagi tiket tersebut.

A7: Berikut adalah caranya: -

        7.1    Buka portal GPKI DESK, https://gpkidesk.mampu.gov.my/gpki_helpdesk_portal/home > tekan semak status tiket  > masukkan nombor MyKad > klik pada ciri keselamatan > klik HANTAR.

        7.2    Status tiket aduan/pertanyaan akan dipaparkan > Klik nombor tiket > maklumat aduan/pertanyaan akan dipaparkan > semak di bahagian penyelesaian. 

A8: Berikut adalah caranya:

        8.1    Buka portal GPKI DESK , https://gpkidesk.mampu.gov.my/gpki_helpdesk_portal/home > tekan semak status tiket  > masukkan nombor MyKad> klik pada ciri keselamatan > klik HANTAR.

        8.2    Status tiket aduan/pertanyaan akan dipaparkan >semak nombor tiket > klik maklum balas > pilih ikon  bagi maklum balas tahap kepuasan pengguna > klik butang simpan > Klik butang Ya. 

A1: Kod verifikasi adalah nombor yang dijana dan dihantar kepada pengguna melalui e-mel. Kod verifikasi perlu digunakan semasa mengemukakan permohonan Sijil Digital Pengguna dan boleh diperolehi melalui 3 kaedah berikut:

 

1.1            Kod verifikasi disertakan dalam notifikasi e-mel setelah Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) mendaftar pengguna untuk membuat permohonan Sijil Digital Pengguna; dan

1.2            Rujuk atau hubungi Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) untuk menjana kod verifikasi dan meminta Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) bagi mengesahkan e-mel anda adalah betul; atau

1.3            Anda sebagai pengguna boleh menjana sendiri kod verifikasi di Portal GPKI, tetapi masih perlu merujuk atau menghubungi Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) anda untuk mengesahkan e-mel anda adalah betul.

A2: Anda perlu merujuk atau berhubung dengan Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) anda untuk mendapatkan kepastian bagi perkara-perkara di bawah:

 

2.1            Sama ada Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) anda telah mendaftarkan anda sebagai pengguna Sijil Digital.

2.2            Pengguna perlu mengesahkan e-mel yang didaftarkan oleh Pentadbir GPKI (AP/SA/SAP) semasa pendaftaran adalah e-mel sebenar.

A3: Tempoh kod verifikasi adalah sah selama 24 jam bermula dari tarikh dan masa penjanaan dibuat. Berikut adalah langkah-langkah untuk menjana semula kod verifikasi:


       3.1            Akses Portal GPKI: https://gpki.mampu.gov.my;

3.2            Klik menu [Perkhidmatan] > [Permohonan Sijil Digital Pengguna]> Klik pada [Permohonan Sijil Digital Pengguna];

3.3            Klik pada butang "Jana Kod Verifikasi Permohonan".

3.4            Masukkan No. MyKad dan klik butang "Semak".

3.5            Mesej "Kod Verifikasi Permohonan baharu telah dijana dan dihantar ke e-mel yang didaftarkan" akan dipaparkan.

3.6            Gunakan kod verifikasi yang diterima di dalam e-mel yang bertajuk "Kod Verifikasi untuk Permohonan Sijil Digital Pengguna" bagi membuat permohonan sijil digital.

A4: Mesej ‘Kod verifikasi tidak sah’ dipaparkan kerana kod verifikasi yang anda masukkan semasa permohonan adalah tidak betul/sah atau tidak telah tamat tempoh. Sekiranya anda menerima mesej tersebut, anda perlu merujuk semula e-mel penghantaran kod verifikasi dan tarikh tamat kod verifikasi tersebut atau anda perlu menjana semula kod verifikasi. Cara menjana semula kod verifikasi adalah:

 


      4.1            Akses Portal GPKI: https://gpki.mampu.gov.my

4.2            Pada portal GPKI, klik pada menu [Perkhidmatan] > [Permohonan Sijil Digital Pengguna] > Klik pada [Permohonan Sijil Digital Pengguna]

4.3            Klik jana Kod Verifikasi.

4.4            Masukan No. MyKad dan klik Hantar.

4.5            Mesej kod verifikasi baharu telah dijana dan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.

4.6            Gunakan kod verifikasi yang diterima di dalam e-mel yang bertajuk Notifikasi Kod Verifikasi Untuk Permohonan Sijil Digital.

A5: Tempoh sah kod verifikasi adalah 24 jam selepas dijana. Dalam tempoh tersebut anda perlu membuat permohonan siijil digital. Jika tidak, anda perlu membuat penjanaan semula di portal GPKI. Sekiranya masih tidak Berjaya, sila rujuk pentadbir AP di agensi atau kemukakan aduan pengguna di GPKIDESK https://gpkidesk.mampu.gov.my/gpki_helpdesk_portal/home.

PENGAKTIFAN SIJIL DIGITAL TOKEN DI GPKI AGENT

  1. Klik pada [shortcut icon] GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 di skrin Desktop pengguna atau [Start > All Program > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0].
  2. Klik pada menu [Pengurusan Token] > [Pengaktifan Token]. Pastikan token telah dipasang.
  3. Skrin Pengaktifan Token akan dipaparkan. Masukkan No. MyKad dan klik butang [Hantar].
  4. Sistem akan memaparkan skrin Pengaktifan Token.
  5. Pilih Soalan Rahsia, masukkan Jawapan dan PIN Token.
  6. Klik [Hantar] untuk mengaktifkan token, sistem akan paparkan mesej Transaksi Berjaya!
  7. Klik butang [OK].

PENGAKTIFAN SIJIL DIGITAL ROAMINGCERT/SOFTCERT DI GPKI AGENT

  1. Klik pada [shortcut icon] GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 di skrin Desktop pengguna atau [Start > All Program > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0 > GPKI AGENT 3.0 Release 2.0.0.0].
  2. Klik pada menu [Pengurusan RoamingCert/SoftCert] > [Pengaktifan Sijil Digital RoamingCert/SoftCert].
  3. Skrin Pengaktifan Sijil Digital RoamingCert/SoftCert akan dipaparkan. Masukkan No. MyKad dan klik butang [Hantar].
  4. Sistem akan memaparkan skrin Pengaktifan Sijil Digital RoamingCert/SoftCert.
  5. Pilih Soalan Rahsia, masukkan Jawapan dan PIN RoamingCert/SoftCert.
  6. Klik [Hantar] untuk mengaktifkan sijil digital RoamingCert/SoftCert, sistem akan paparkan mesej Transaksi Berjaya!
  7. Klik butang [OK].