KERJA-KERJA MENAIKTARAF GPKI 2.0 SEDANG DIJALANKAN

Pihak MAMPU telah menaiktaraf Sistem GPKI 1.1 kepada Sistem GPKI 2.0 dan sistem ini akan go-live pada 25 April 2017 (Selasa). Sehubungan itu, semua pengguna hendaklah memasang MAMPU GPKI Agent 2.0 bermula pada 25 April 2017 dan panduan pemasangan boleh dimuat turun melalui Portal GPKI 2.0.

Lanjutan daripada perkara tersebut, kerja-kerja penaiktarafan Sistem GPKI 2.0 akan dilaksanakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh Mula: 20 April 2017 (Khamis).
Masa Mula: 6.00 petang.
Tarikh Akhir: 24 April 2017 (Isnin).
Masa Akhir: 12.00 tengah malam.

Sekiranya terdapat keperluan permohonan sijil digital, permohonan hendaklah dilakukan sebelum 19 April 2017 (Rabu). Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Meja Bantuan Perkhidmatan GPKI seperti berikut:

E-mel: support@aug-tech.com
No.Tel: 03-89229400

Sekian, Terima kasih.

Pentadbir GPKI